Ekspedisi Ke EVEREST BASE CAMP 2017

Late post...sbb ada yang minta kita cuba la cerita ni pun cedok dr my article utk 1Suara...tapi x details...ikutkan hati nak cerita day by day...tapi memori semakin ke laut...eh...dasar laut...deep...

Pendakian pertama saya menjelajah keluar Malaysia - a challenge to myself to unlock my achievement.  Bermula dengan latihan asas mendaki bukit & gunung, naik turun tangga, aktiviti riadah serta latihan kem tahunan secara amnya, saya ditemani dengan 8 orang peserta termasuk kawan baik saya, Mej Norehan Mohamed Noor, kami telah menyertai Ekspedisi ke Everest Base Camp (EBC) anjuran Kelab Telekom cawangan Kelab Telekom Teknologi Maklumat (KTTM).  Ekspedisi ke EBC ini bermula dari 29hb April sehingga 13hb Mei 2017.

Kumpulan kami berlepas ke Kathmandu dari KLIA pada 29hb April 2017 jam 1840 dan tiba di Tribhuvan International Airport lebih kurang jam 2100 waktu Nepal.  Ekspedisi bermula keesokkan harinya yang turut disertai oleh seorang pendaki dari Filipina dan seorang guide berangkat ke Lukla melalui Lapangan Terbang Antara Bandar Katmandhu dengan menaiki kapal terbang ringan yang mengambil masa kurang dari 30 minit.  Alhamdulillah, penerbangan selamat mendarat di Lukla Airport  yang dikenali juga dengan nama Tezing Hillary Airport, iaitu salah satu dari 10 landasan paling bahaya di dunia selepas hampir 5 jam terkandas di lapangan terbang akibat cuaca yang tidak mengizinkan.  Penerbangan kami adalah pernerbangan terakhir yang berlepas ke Lukla dari Kathmandu pada hari tersebut dan ketika kami sampai cuaca bersalji nipis.

Dari atas kiri: Group pic di KLIA, pintu gerbang pertama di Lukla, antara route perjalanan kami tangga & bukit batu

EBC terletak di Sagarmatha National Park, Banjaran Himalaya.  Dari Lukla, kami meneruskan perjalanan dengan 2 orang lagi guide beserta 5 orang poter ke Phakding dan mengambil masa dalam 3 hingga 4 jam dan keesokkan harinya diteruskan ke Namchee Bazar yang mengambil masa antara 10 - 12 jam.  Perjalanan ini agak mencabar bagi saya kerana mengalami sakit perut “cirit birit” sepanjang perjalanan yang berpunca dari pengambilan sup “bawang putih”.  Antara kebaikan sup ini adalah untuk menghindarkan pendaki dari AMS (Acute Mountain Sickness) tapi saya alah kepada “bawang putih” yang boleh menyebabkan perut bloated dan angin dalam badan.  Namun anda tidak perlu gusar kerana sepanjang perjalanan ada kemudahan tandas yang disediakan dan perjalanan yang jauh seakan tidak terasa penat kerana dihidangkan dengan keindahan alam semulajadi yang saujana mata memandang walaupun kami diduga dengan cuaca hujan dalam perjalanan...Subhanallah.

Kami berehat di Namchee Bazar selama 2 malam untuk penyesuaian ketinggian serta latihan pendakian ke paras 4410 meter, ketinggian hampir dengan Gunung Kinabalu.  Perjalanan kami diteruskan lagi ke Tengboche yang mengambil masa antara 7 ke 8 jam.  Menginap semalam di sini, kami meneruskan ekspedisi ke Dingboche dengan perjalanan antara 9 jam dengan cabaran hujan salji dan hujan batu.  Kami dinasihatkan untuk bergerak perlahan kerana keadaan cuaca dan cabaran ketipisan udara bagi memastikan tahap kesihatan kami terjaga.
Di Dingboche kami bermalam selama 2 malam bagi memastikan penyesuaian tahap fikizal dan mental di paras yang lebih tinggi.  Kami juga menjalani latihan 3 jam pendakian untuk tambahan aras ketinggian dalam jarak 300 meter bagi memastikan fizikal dan mental kami dapat mencapai keserasian dengan kadar ketinggian iaitu sekitar 4900 meter.
Dari atas kiri: Elevated suspension bridge, yg bawah dah rosak akibat gempa bumi in 2015, so kena climb up ke titi gantung atas, acclimation training di Namchee Bazzar, hamparan permandangan indah gunung bersalji - snow cap mountain, setiap hari kami berdoa sebelum memulakan perndakian & local children.

Seterusnya pada hari ke tujuh kumpulan ekspedisi kami meneruskan perjalanan ke Lobuche dan bermalam sehari sebelum meneruskan ekspedisi keesokan harinya ke Gorak Ship.  Kami tiba di hentian terakhir di Snow Land Highest Inn, pada ketinggian 5180 meter lebih kurang jam 11 pagi selepas hampir 4 jam perjalanan.  Selepas makan tengahari dan solat, ekspedisi kami diteruskan ke Everest Base Camp.
Alhamdulillah, walapun terpaksa berjalan dalam hujan salji, tiupan angin dan sejuk di paras -6⁰C dengan ketinggian melebihi 5000 meter selama 3 jam setengah, kami telah selamat tiba ke EBC pada 7hb Mei 2017 jam 1515.  Syukur atas anugerah dari Allah yang tidak terhingga ini, Alhamdulillah.  Dengan segala cabaran dan dugaan sepanjang 8 hari pendakian kumpulan ekspedisi kami telah selamat sampai ke Everest Base Camp di ketinggian 5364 meter dengan selamat.

Permandangan di EBC Camp. 1 - 5364m dan gambar kenangan bersama sebahagian guide sebelum kami meninggalkan Gorak Ship.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin dan insirasi kepada pendaki lain untuk sama-sama mencetuskan impian dan merealisasikan cita-cita untuk sampai ke EBC.  Ucapan terima kasih kepada ketua ekspedisi, En. Azmi Ishak yang telah berusaha dan berjaya menganjurkan ekspedisi ini serta sekalung terima kasih kepada semua peserta ekspedisi yang En. Yazid Brahim dan isteri, Puan Ishani, Datuk Daniel, En. Azman, En. Ishraki, Cik Wan Noraziah, kenalan baru Mr. Archie dari Filipina serta sahabat baik saya, Mej Norehan yang telah bersama-sama mengharungi perjalanan mendaki selama 8 hari dengan pelbagai cabaran dan dugaan sepanjang ekspedisi serta saling mewujudkan semangat kerjasama kekeluargaan antara kami dengan sangat baik sepanjang ekspedisi ini. 
Kami telah sama-sama mencapai matlamat dan merealisasikan impian kami... “EXPLORE.DREAM.DISCOVER”.  







Comments

  1. PASUKAN NAMASTE DAN PEMANDU PANAS SALAM NEPAL GUNUNG
    Nepal Planet Treks & ekspedisi mengalu-alukan anda ke Nepal negara Himalaya, bermula pada 2014 Nepal Planet Treks & ekspedisi merupakan salah satu agensi baru dan inovasi di Nepal. Kami menguruskan Pengarah/Trekking panduan Encik Sanjib Adhikari mempunyai lebih daripada 18 tahun pengalaman trekking dan sentiasa mencari laluan terbaru dan pernah diterokai manusia untuk meningkatkan pengalaman anda trekking. Menawarkan semua aktiviti-aktiviti seperti berikut; Tracking, melawat, mendaki gunung, sukan dan pengembaraan, sukarela, paragliding, meminati, penerbangan gunung dan banyak lagi Nepal Planet Treks & ekspedisi menjanjikan anda seumur hidup kenangan pada satu perjalanan! Nepal Planet Treks & ekspedisi menawarkan cara terbaru treking dengan membenarkan tetamu kami mengubahsuai laluan untuk menerokai hanya sedikit tambahan dalam untuk yang indah landskap Nepal. Berniaga dalam pelancongan mapan kami menyediakan pekerjaan masyarakat setempat dengan mengupah tukang angkat barangan terus dari Kampung tempatan, tempahan di rumah teh tempatan menyediakan pendapatan yang berterusan untuk kawasan luar bandar di Nepal. Pasukan Nepal Gunung panduan kami menyediakan anda dengan perkhidmatan yang terbaik supaya anda sebagai tetamu penting kami boleh menikmati yang terbaik daripada mengiktirafkan holiday/trek anda. Pasukan kami.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts