Ekspedisi Ke EVEREST BASE CAMP 2017
Late post...sbb ada yang minta kita cuba la cerita ni pun cedok dr my article utk 1Suara...tapi x details...ikutkan hati nak cerita day by day...tapi memori semakin ke laut...eh...dasar laut...deep... Pendakian pertama saya menjelajah keluar Malaysia - a challenge to myself to unlock my achievement. Bermula dengan latihan asas mendaki bukit & gunung, naik turun tangga, aktiviti riadah serta latihan kem tahunan secara amnya, saya ditemani dengan 8 orang peserta termasuk kawan baik saya, Mej Norehan Mohamed Noor, kami telah menyertai Ekspedisi ke Everest Base Camp (EBC) anjuran Kelab Telekom cawangan Kelab Telekom Teknologi Maklumat (KTTM). Ekspedisi ke EBC ini bermula dari 29hb April sehingga 13hb Mei 2017. Kumpulan kami berlepas ke Kathmandu dari KLIA pada 29hb April 2017 jam 1840 dan tiba di Tribhuvan International Airport lebih kurang jam 2100 waktu Nepal. Ekspedisi bermula keesokkan harinya yang turut disertai oleh seorang pendaki dari Filipina dan seoran...